Monday, May 26, 2014


KONSEP NEGARA

Sila uji kefahaman anda.

  1. Segala kuasa pemerintahan dan perundangan terletak pada kerajaan pusat. Ini berkaitan dengan..

  2. Kerajaan Kesatuan
    Kerajaan komunis
    Kerajaan Persekutuan
    Kerajaan Konfederasi

  3. Kerajaan Negeri memiliki semua kuasa pemerintahan, Kerajaan Pusat ada kuasa tertentu sahaja...

  4. Kerajaan Kesatuan
    Kerajaan komunis
    Kerajaan Persekutuan
    Kerajaan Konfederasi

  5. Asas-asas pemerintahan Malaysia ialah

  6. Sistem Monarki Mutlak
    Doktrin Pengasingan Kuasa Tulen
    Demokrasi Berparlimen
    Sistem Tri-Parlimen

  7. Badan Perundangan terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat. Pernyataan ini merujuk :

  8. Sistem Pemerintahan Sosialis
    Sistem Pemerintahan Demokrasi
    Sistem Pemerintahan Autokrasi
    Sistem Pemerintahan Monarki

  9. Antara berikut, yang manakah salah tentang Doktrin Pengasingan Kuasa?

  10. Diasaskan oleh Montesquieu
    Terdapat Badan Pentadbiran, Kehakiman dan Perundangan
    Pentadbiran negara akan menjadi cekap dan teratur
    Elak pemusatan kuasa antara Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan PBT

  11. Berikan contoh Negara Republik...

  12. Malaysia
    Brunei
    Singapura
    China

  13. Perdana Menteri menjalankan kuasa politik merupakan ciri sistem...

  14. Demokrasi Beraja
    Demokrasi Berpresiden
    Demokrasi Berparlimen
    Sistem Sosialis.

  15. Pilih ciri sebuah negara...

  16. Kedaulatan
    Kerajaan yang teratur
    Pasukan tentera yang kuat
    Semua salah

  17. Siapakah Ketua Negara Malaysia?

  18. Perdana Menteri
    Menteri Besar
    Ketua menteri
    YDPA

  19. Kabinet juga dikenali sebagai

  20. Jemaah Ketua Menteri
    Jemaah Perdana Menteri
    Jemaah Majlis Raja-Raja
    Jemaah Menteri


Selamat menjawab. Cetak dan simpan di dalam fail anda.
Terima Kasih.

Saturday, May 17, 2014

PANDUAN MENENTUKAN MEDIA

1. GRAF BAR PIRAMID
*terdapat 3 elemen dalam soalan dan 1 elemen mesti berpasang
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Elemen :
1. nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih.
2. Tahun 2004
3. Tahun 2005
Elemen berpasang :
1. jenis barangan
2. negara-negara

2. GRAF BAR GABUNGAN
*terdapat 2 elemen dan nilai yang berbeza
Contoh soalan :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Elemen :
1. Kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. Harga petroleum mentah
Nilai :
1. nilai untuk kuantiti pengeluaran, eksport dan import
2. nilai untuk harga petroleum mentah

Tips pemilihan media:

GRAF GARIS SAMA SAHAJA
graf garis.perbandingan atau kompaun- pola,perubahan , aliran turun naik, petunjuk,indeks, trend petunjuk

GRAF BAR ADA 2 : GRAF BAR KOMPAUN GRAF BAR KOMPENEN
kata kunci graf bar kompaun - bilangan, kuantiti, kebiasannya nilai, pengeluaran peratus @ kadar, graf bar komponen - kumulatif @ jumlah


=================================================================================

Membina media.
1. Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris dan lajur yang sesuai. Segala butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta unit dimuatkan di dalam ruang-ruang yang sesuai.

Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen

  • Pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi.
  • Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan tempat yang sama.
  • Garisan permulaan menyetuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir menyentuh satu garis tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah kanan.
  • Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain.
  • Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan yang berlapis.
  • Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza.
  • Gunakan ton warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana untuk menampakkan kejelasan media yang dibina.
  • Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang dibina.
Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting yang harus ada di dalam media. Antaranya :
1.Tajuk yang lengkap (lokasi, perkara dan tempoh )
2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang betul.
3. Perlu ada skala .
4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.
5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian kanan dan bawah media..

=============================================================================================

Sekiranya soalan yang dikemukan tidak menunjukkan dengan jelas apa graf yang sesuai seperti berikut, pelajar harus beri perhatian kepada key words

KABUR
*sukar untuk menentukan jenis media
*pelajar perlu meneliti data dalam petikan
*pelajar perlu berhati-hati (salah media - 1/15 markah)

Contoh soalan1 :
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun-tahun yang dinyatakannya.
Media: graf garis kompaun-----perubahan kadar---graf garis

Contoh soalan 2
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005
Media : Graf piramid kompaun

Contoh soalan 3
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Media : Graf gabungan (bar kompaun)

==============================================================================

Tahukah anda, graf garis kompaun adalah seperti graf bar kompaun, iaitu untuk memaparkan maklumat bilangan untuk beberapa tahun. Banyak garis berwarna dilukis untuk mewakili sektor-sektor yang terdapat dalam soalan ( bilangan)

Padahal, graf garis komponen adalah seperti graf bar komponen untuk menunjukkan jumlah, graf garis ini unik
(a) dua paksi y
(b) mula garis dari paksi y sebelah kiri dan bercantum dengan paksi y disebelah kanan.
(c) harus dilorekkan atau warnakan kawasan antara graf-graf garis tersebut
(d) jadual mesti menunjukkan nilai tambah antara tahun sehingga jumlah maksimum dicapai

=========================================================================================

Bentuk-bentuk grafik yang popular dalam peperiksaan :
1. Graf bar (kompaun / komponen)
2. Graf garis (kompaun / komponen)
3. Graf gabungan bar dengan garis
4. Graf piramid / berpasang (kompaun / komponen)
5. Carta pai (tunggal, berbanding atau silinder)
6. Graf bar memesong atau imbangan

BENTUK / JENIS SOALAN
1) JELAS*mudah tentukan media*pelajar tidak perlu memikirkan jenis media*memberi kelebihan kepada pelajar untuk menjawab dengan cepat

Contoh soalan 1 :
Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga 2004.
Media : graf garis komponen

Contoh Soalan 2:
Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.
Media : carta pai perbandingan

================================================================================

Ada di antara kamu masih keliru bagaimana hendak menulis tajuk graf dengan tepat. Baiklah, saya akan paparkan beberapa contoh penulisan tajuk yang betul. INGAT..TAJUK YANG SALAH---HILANG 6 M... JADI SALIN TAJUK DARI SOALAN DENGAN BETUL Panduan umum : Tajuk di tulis dengan title sentence- maksudnya---huruf besar perkataan pertama kecuali kata hubung dan kata sendi

CONTOH:

1. Perbezaan Peruntukan Perbelanjaan Sektor Ekonomi Kerajaan Peruntukkan antara Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malaysia Ketujuh.
2. Permodalan Pasaran Syarikat-syarikat yang Dipilih dalam Pasaran Saham Kuala Lumpur.
3. Bilangan Pengguna Air Mengikut Negeri pada Tahun-tahun 1990,1993, dan 1995 antara Bandar dengan Luar Bandar di Malaysia.
4. Perubahan Bilangan Kes Kebakaran Mengikut Punca dari Tahun 1996hingga Tahun 2002.
5. Peratusan Perubahan Kekosongan Jawatan Baru di Malaysia bagi Tempoh Januari hingga Julai 1998 dan Januari hingga Julai 1999.

Saya telah highlight semua perkataan yang harus ditulis dengan huruf kecil dalam warna biru. Jika ada lagi perkataan yang memerlukan penerangan/penjelasan, sila pos supaya saya dapat memberi bimbingan.

Sebenarnya jika salah huruf dalam tajuk, hanya tolak markah teknik (1m),sahaja. Tetapi jika ada kesalahan dalam tajuk,iaitu dari segi perkara, tempoh atau tempat...barulah markah maksimum yang ditentukan ialah 6m.Buat masa ini tiada peraturan dari MPM tentang title sentence...harap-harap tajuk CAPS LOCK ( semua huruf besar) boleh diterima

Perhatian kelas RB2

Sila emailkan alamat email anda ke: johnkumarkrishnan@gmail.com (mr Kumar). thanks

Kemahiran Menyoal

Friday, May 9, 2014

Pendahuluan


 Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas daripada pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

    Soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar. Khususnya, guru menggunakan teknik menyoal untuk memastikan sama ada mereka memahami pelajaran baru.Selain itu, menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan menyoal dapat membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke hati.Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan pengajran yang baik ( Groisser, 1964 : 193 )


 OBJEKTIF PENYOALAN 

 Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan memberi soalan kepada keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapn, barulah guru memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar untk berfikir. Kaedah ini juga dapat merangsang pemikiran pelajar. Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang pengajaran dan pembelajaran. 
    Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian adalah bergantung kepada soalan, maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada objektifnya iaitu: 
 a) Menggerak Minda Murid Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal jawab dengan menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya ketika mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi soal jawab dijalankan. 
 b) Menilai Pemahaman Pelajar Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan sebelum menghadapi ujian atau peperiksaan.
 c) Membimbing Pelajar Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan. Dalam kaedaan ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan pelajar. Sebaliknya, guru wajar menggunakan teknik soalan yang memberikan panduan kearah jawapan yang dikehendaki sehingga pelajar menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu.  
d) Merantas Pembelajaran Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa. Bentuk soalan boleh juga menggunakan konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran kepada situasi yang lain.(Kamarul &Abd. Halim,2007 : 181 )
 e) Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi Soalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan, penggabungan atau sintesis dan penilaian( Zawawi,1988:215) 
 f) Mengekalkan Perhatian Murid Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal atau leka, teknik soalan boleh digunakan untuk mengembalikan semula perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik pelajar terbabit( Zawawi, 1988: 215 ) 
 g) Mengeratkan Interaksi Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid dan sesama murid. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid penting kerana dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan harmoni 
( Zawawi, 1988 : 216 ) Objektif yang telah disebutkan di atas, menjadi asas tujuan guru menggunakan tekni menyoal kepada para pelajar di dalam kelas. Dengan menggunakan teknik menyoal yang betul, sudah pasti suasana kelas akan lebih aktif dan seturusnya pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih berkesan. 
       ARAS-ARAS PENYOALAN Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya “ Taxonomy of Education objective” membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan: 
۞ Pengetahuan 
۞ Kefahaman 
۞ Aplikasi
 ۞ Analisis 
۞ Sintesis 
۞ Penilaian 


    PENGETAHUAN 

 Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, difinisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari. Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan,berikan, terangkan, siapa, apa, mana, bila dan senaraikan. 
     KEFAHAMAN 
 Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon memahami, menterjemah dan meninterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan, mengapa, huraikan dan lain-lain.
      APLIKASI 
 Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kerakan, gunakan, huraikan dan lain-lain. 
       ANALISIS 
 Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor Perbezaan, kesamaan dan hubungkait antara satu sama lain. Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis, cerkinkan, asingkan, bahagikan dan sebagainya. 
       SINTESIS 
 Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan lain-lain. 
      PENILAIAN Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, perinsip, teori dan lain-lain. Perkataan yang biasa digunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan komen dan sebagainya.

Kemahiran Mencari Maklumat

Thursday, May 8, 2014

Kemahiran Mencari Maklumat
    Maklumat yang tepat menjamin ketepatan keputusan dan keberkesanan tindakan. Tanpa maklumat tertentu sesetengah keputusan tidak dapat dibuat atau sekiranya dibuat, boleh membawa akibat yang buruk dan mengaibkan. Dalam dunia yang semakin berasaskan maklumat dan mengalami kebanjiran maklumat, kita harus bijak mencari jalan bagi mendapat maklumat yang tepat dan menggunakannya dengan berkesan.

Kemahiran mencari maklumat adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Tetapi kemahiran mencari maklumat juga bergantung kepada kedudukan ekonomi dan tempat di mana kita berada. 


   Ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui dan difahami untuk melengkapkan diri sebagai pencari maklumat yang mahir dan aktif.Pertama sekali adalah mengetahui dorongan / sebab mencari maklumat, diikuti dengan memahami sikap manusia apabila berdepan dengan maklumat. Setiap orang mempunyai dorongan yang berbeza semasa mencari maklumat. Ada yang memerlukannya untuk tujuan ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan dan lain-lain. Dorongan yang berbeza ini membentuk persepsi dan motivasi yang berbeza pula semasa berdepan dengan maklumat. Manakala sikap atau psikologi manusia itu turut mempengaruhi kemahiran mereka dalam mencari maklumat. Terdapat berbagai teknik untuk menganalisa sikap manusia semasa berhubungan dengan dunia maklumat. Salah satu teknik itu menunjukkan ada orang yang mencari maklumat sekadar di permukaan, ada yang mencari secara mendalam dan ada pula yang bersifat meneroka sejauh yang mungkin secara rawak.

Memahami keperluan maklumat diri dan cara diri kita mencari maklumat adalah satu bentuk pemahaman di peringkat meta yang membolehkan kita menguasai kemahiran maklumat pada tahap yang lebih baik.

Selain itu, kemahiran mencari maklumat juga bergantung kepada sejauh mana seseorang itu tahu tentang bentuk dan sumber maklumat.
         Maklumat boleh wujud dalam bentuk artifak, lukisan, imej, ensiklopedia, indeks, abstrak, buku tahunan, almanak, jurnal, buku, majalah, cakera padat, mikrofilem, mikrofiche, lisan, kaset, video dan banyak lagi.

Manakala sumber maklumat pula boleh jadi daripada manusia, bahan bercetak, bahan digital, bahan artifak, bahan filem, bahan seni, bahan bunyi dan lain-lain.
         Kemahiran mencari maklumat bagi setiap bentuk dan sumber ini berbeza pula dan memerlukan teknik yang berbeza juga untuk mendapat hasil yang sepatutnya. Contohnya untuk mencari bahan digital melalui enjin carian Google, sekiranya seseorang itu memahami konsep asas capaian kembali maklumat atau information retrieval dia akan dapat mencari bahan dengan lebih tepat berbanding orang yang tidak tahu. Begitu juga apabila ingin mencari bahan bercetak di perpustakaan, ada peraturan asas penyusunan buku di perpustakaan yang perlu difahami seperti nombor panggilan dan cara pengelasan bahan. Termasuk dalam kemahiran mencari maklumat adalah kebolehan kita menduga di mana bahan yang kita kehendaki berada. Ini perlu dipelajari berdikit-dikit melalui pengalaman mencari maklumat yang terdahulu ataupun daripada pembacaan dan penerangan orang lain.
Ada bahan digital yang boleh didapati di Internet, tetapi ada juga bahan yang kita tahu wujud di dunia maya tetapi tidak boleh dicapai kecuali menggunakan kata laluan dan sebagainya. Kita perlu peka dan menyiasat kewujudan bahan itu di tempat kita, mungkin melalui institusi tertentu yang boleh membantu. Ada juga bahan yang istimewa dan disimpan di tempat khusus dan memerlukan kebenaran khusus untuk menggunakannya seperti artifak atau bahan arkib.
    Terakhir sekali adalah kebolehan kita untuk menilai maklumat yang telah berjaya kita cari, dan ini masih lagi merupakan rentetan daripada kemahiran kita mencari maklumat. Kemahiran menilai maklumat ini wajar dibicarakan dalam satu ruangan lain yang akan memberi kesempatan sebuah penerangan yang lebih sempurna.
Semua kemahiran mencari maklumat yang disebutkan di atas ada ditawarkan di pusat pengajian tinggi oleh pihak perpustakaan. Malah di peringkat antarabangsa, kemahiran ini dijadikan suatu subjek wajib bagi setiap fakulti dengan usaha sama antara pensyarah dan pustakawan.
      Walaupun masih jarang kedengaran perpustakaan awam di negara ini mengambil daya usaha membuka kelas khas kemahiran mencari maklumat, tetapi ia patut dijadikan satu agenda penting sesebuah perpustakaan.

Melalui cara ini perpustakaan dapat bergerak seiring dengan keperluan masyarakat yang sentiasa berdepan dan adakalanya terbeban dengan kebanjiran maklumat. Usaha untuk merentas jurang digital dan mengejar kemajuan teknologi negara maju pula harus menjadi agenda penting negara supaya rakyat sendiri tidak tercicir dalam menguasai maklumat, kerana maklumat adalah suatu bentuk kuasa.
courtesy: pa-900
 

Blogger news

Blogroll

Most Reading

Tags