Kemahiran Menyoal

Friday, May 9, 2014

Pendahuluan


 Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas daripada pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

    Soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar. Khususnya, guru menggunakan teknik menyoal untuk memastikan sama ada mereka memahami pelajaran baru.Selain itu, menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan menyoal dapat membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke hati.Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan pengajran yang baik ( Groisser, 1964 : 193 )


 OBJEKTIF PENYOALAN 

 Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan memberi soalan kepada keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapn, barulah guru memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar untk berfikir. Kaedah ini juga dapat merangsang pemikiran pelajar. Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang pengajaran dan pembelajaran. 
    Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian adalah bergantung kepada soalan, maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada objektifnya iaitu: 
 a) Menggerak Minda Murid Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal jawab dengan menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya ketika mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi soal jawab dijalankan. 
 b) Menilai Pemahaman Pelajar Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan sebelum menghadapi ujian atau peperiksaan.
 c) Membimbing Pelajar Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan. Dalam kaedaan ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan pelajar. Sebaliknya, guru wajar menggunakan teknik soalan yang memberikan panduan kearah jawapan yang dikehendaki sehingga pelajar menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu.  
d) Merantas Pembelajaran Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa. Bentuk soalan boleh juga menggunakan konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran kepada situasi yang lain.(Kamarul &Abd. Halim,2007 : 181 )
 e) Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi Soalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan, penggabungan atau sintesis dan penilaian( Zawawi,1988:215) 
 f) Mengekalkan Perhatian Murid Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal atau leka, teknik soalan boleh digunakan untuk mengembalikan semula perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik pelajar terbabit( Zawawi, 1988: 215 ) 
 g) Mengeratkan Interaksi Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid dan sesama murid. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid penting kerana dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan harmoni 
( Zawawi, 1988 : 216 ) Objektif yang telah disebutkan di atas, menjadi asas tujuan guru menggunakan tekni menyoal kepada para pelajar di dalam kelas. Dengan menggunakan teknik menyoal yang betul, sudah pasti suasana kelas akan lebih aktif dan seturusnya pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih berkesan. 
       ARAS-ARAS PENYOALAN Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya “ Taxonomy of Education objective” membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan: 
۞ Pengetahuan 
۞ Kefahaman 
۞ Aplikasi
 ۞ Analisis 
۞ Sintesis 
۞ Penilaian 


    PENGETAHUAN 

 Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, difinisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari. Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan,berikan, terangkan, siapa, apa, mana, bila dan senaraikan. 
     KEFAHAMAN 
 Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon memahami, menterjemah dan meninterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan, mengapa, huraikan dan lain-lain.
      APLIKASI 
 Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kerakan, gunakan, huraikan dan lain-lain. 
       ANALISIS 
 Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor Perbezaan, kesamaan dan hubungkait antara satu sama lain. Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis, cerkinkan, asingkan, bahagikan dan sebagainya. 
       SINTESIS 
 Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan lain-lain. 
      PENILAIAN Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, perinsip, teori dan lain-lain. Perkataan yang biasa digunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan komen dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

Most Reading

Tags