Dasar Luar Malaysia

    Sehingga kini Malaysia telah mempunyai enam orang Perdana Menteri bermula YM. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Husin Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan terkini Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak.
    Setiap Perdana Menteri ini mempunyai kelebihan yang tersendiri terutamanya dalam aspek menjalin hubungan diplomatic dengan Negara luar. Pembentukan sesebuah dasar luar bagi sebuah Negara merdeka adalah menjadi tanggungjawab Perdana Menteri. Oleh itu apabila kita membicarakan perkara berkaitan dasar luar pastinya kita akan kaitkan dengan Perdana menteri yang mentadbir Negara pada tempoh tersebut.
    Di awal kemerdekaan, pada tahun 1957 Malaysia menjalankan dasar pro-Barat dan anti komunis. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Perdana Menteri Tanah Melayu ketika itu memikirkan aspek keselematan melebihi aspek lain. Ini kerana Tanah Melayu baru sahaja mencapai kemerdekaan. Oleh itu aspek keselamatan perlu diberi perhatian yang lebih. Dalam masa yang sama, kerajaan Tanah Melayu ketika itu juga menjalankan dasar anti komunis. Dengan perlaksanaan dasar tersebut Tanah Melayu tidak menjalinkan hubungan diplomatic dengan Negara komunis seperti Negara Cina dan Rusia.
     Tun Abdul Razak mentadbir Malaysia selepas era Tunku Abdul Rahman. Selepas pembentukan Malaysia iaitu penggabungan Tanah Melayu dan Sabah dan Sarawak serta singapura (keluar daripada Malaysia 1967), Tun Abdul Razak mengamalkan sikap berbaik-baik dengan semua Negara. Konsep perpaduan yang diamalkan dalam dasar social di peringkat Negara diterapkan juga dalam menjalinkan hubungan diplomatic dengan Negara luar. Dasar menghormati serta tidak campur tangan dalam segala hal yang berlaku di Negara lain telah menjadi teras utama dalam pembentukan dasar luar di era Perdana Menteri kedua. Di bawah pentadbiran beliau Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatic dengan Negara China dan Rusia. Di peringkat ASEAN, Malaysia memainkan peranan yang penting dalam pembentukan prinsip utama ASEAN iaitu prinsip ZOPFAN (Zone of peace, freedom and neutrality ) prinsip ini telah dipersetujui melalui deglarasi Kuala Lumpur yang dicadangkan oleh Malaysia. Prinsip ini diguna pakai oleh ASEAN sehingga ke hari ini. Melalui prinsip ZOPFA, setiap Negara anggota ASEAN tidak akan campur tangan dalam segala urusan yang berlaku dinegara anggota yang lain. Prinsip ini mengamalkan aspek toleransi sesame Negara anggota berkaitan semua isu. Juga berhasrat menjadikan ASEAN sebagai zon aman yang tidak akan berlaku perang saudara dan sebagainya.
    Era pentadbiran Perdana Menteri ketiga pula, beliau meneruskan serta memperkukuhkan segala dasar luar yang telah dipraktikkan pada zaman Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Tun Husin Onn telah menjalinkan hubungan berbentuk pelbagai perjanjian serta memorendom persefahaman (MOU) dengan Negara luar dalam aspek social, ekonomi dan politik. Kerjasama ini merangkumi peringkat ASEAN, OIC, Komenwel, PBB dan sebagainya.
    Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir telah memperkukuhkan lagi dasar luar Malaysia. di zaman pentadbiran beliau, Malaysia telah terkenal sebagai sebuah Negara yang lantang menyatakan pendapat berkaitan pelbagai isu di dunia terutamanya isu berkaitan alam sekitar, kemanusian dan agama Islam. Keberanian serta kelantangan Tun Dr. Mahathir menyatakan suara Malaysia di peringkat dunia melalui PBB, OIC, Komenwel dan ASEAN telah membuka mata masyarakat dunia. Kesannya banyak Negara utama dunia bersetuju menjalankan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.
     Zaman pentadbiran Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri kelima pula lebih menekan aspek pembangunan sumber manusia. Pembangunan insan yang diberi tumpuan utama oleh beliau telah mempengaruhi pembentukan dasar luar di zaman pentadbiran beliau. Institusi pengajian tinggi dari Negara maju diberi peluang membuka cawangannya di Malaysia bagi memberi peluang kepada rakyat tempatan mendapat pendidikan bermutu dengan kos yang berpatutan.
     Secara ringkasnya dasar luar sesebuah Negara adalah cara Negara tersebut menjalankan hubungan diplomatic dengan Negara lain. Antara factor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Negara adalah aspek keselamatan, ekonomi, social dan politik. aspek-aspek inilah yang telah menjadi pendorong utama dalam pembentukan hubungan diplomatic Malaysia sejak dari merdeka. Setiap Perdana Menteri yang mentadbir Negara bertanggungjawab membawa suara Malaysia ke persada antarabngsa. 

No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

Most Reading

Tags